Sabtu, 6 Januari 2018

Detik Permulaan Bisnes


Image result for assalamualaikum jawi




Saya tak berapa pandai sangat nak berkias-kias atau bermadah. Jadi apa yang saya akan coretkan dalam blog ini, akan lebih secara terus (direct to the point). Mungkin banyak ayat dalam blog ini lebih menjurus ke ayat skema. Tujuan blog ini lebih kepada nak menceritakan apa yang saya buat secara sambilan untuk membantu menambah kewangan keluarga.


Saya mula didedahkan ke alam perniagaan melalui kakak sulung saya, KakTi (nama glamour di alam maya). Pada mulanya hanya membantu KakTi mengedarkan Maajun Anggun Bistari (MAB) kepada para pelanggannya di sekitar Lembah Klang. Lama kelamaan timbul rasa minat untuk mencuba jualnya sendiri.

Bertitik tolak dari itu, saya mula menjual pelbagai produk. Saya menjual baju muslimah berfesyen, tudung, barangan Shaklee, Tupperware, Cosway, produk makanan sejuk beku, pakaian dan alatan bayi serta kanak-kanak.

Rupa-rupanya nak masuk dalam bidang jualan ni, bukan main terjah sahaja masuk. Perlu ada ilmu sebenarnya. Bukan boleh hentam kromok je. Sebab itulah asyik bertukar-tukar produk jualan.


Tapi sejak mengenali Team IMpreneur, macam-macam ilmu, pengalaman, perkongsian, persahabatan dan lain-lain lagi yang saya dapat. Semua ini bermula apabila saya mengikuti (follow) FB Puan Nora Azmin.


Setiap hari Puan Nora Azmin kongsi post di FB beliau. Ada satu post beliau yang buat saya terdetik untuk komen. Di situlah saya diperkenalkan pada Puan Hayati Judin (Yatt). Yatt merupakan salah seorang Leader dalam Team IMpreneur. Sekarang saya bernaung di bawah Yatt; seorang yang peramah, happy go lucky dan comel orangnya.


Untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan saya dengan MAB dan Team IMpreneur ini, nantikan dalam entri blog saya seterusnya.


Semoga sebarang perkongsian di dalam ruangan saya ini sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada yang membaca.


Salam ukhwah dari








012 690 6078
syifawahab@gmail.com
Facebook : FB Syifa Wahab
Page : SW MAB / SW RONELLA
IG : Personal / MAB / RONELLA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan