Ahad, 14 Januari 2018

Apa itu Carrier Oil?


Image result for assalamualaikum jawi





Carrier Oil? Apa tu?


Carrier oil (minyak pelarut) biasanya digunakan untuk mencairkan (melarutkan) essential oil bagi membolehkan ianya digunakan secara langsung pada kulit (secara topikal). Walaupun essential oil telah dicairkan dengan carrier oil, ia tidak akan menghilangkan sifat-sifat essential oil tersebut.

Carrier oil adalah minyak yang dihasilkan dari lemak tumbuhan, tidak mudah meruap seperti essential oil dan tidak mempunyai bau sekuat essential oil.

Carrier oil mempunyai jangka hayat antara 6 bulan hingga setahun bergantung kepada jenis minyak yang digunakan dan cara ianya disimpan. Sebab itulah ada sebahagian carrier oil akan menjadi tengik (mengeluarkan aroma pahit yang kuat) jika tersimpan terlalu lama.
Pentingnya peranan carrier oil adalah kerana kebanyakan essential oil perlu dicairkan terlebih dahulu. Ini kerana jika tidak dicairkan terlebih dahulu, boleh menyebabkan keradangan, iritasi pada kulit, rasa pedih dan lain-lain reaksi bergantung pada setiap individu.

Di bawah ini disenaraikan antara carrier oil yang biasa digunakan:
·         Almond Oil
·         Apricot Kernel Oil
·         Avocado Oil
·         Borage Seed Oil
·         Camellia Seed Oil (Tea Oil)
·         Coconut Oil
·         Cranberry Seed Oil
·         Evening Primrose Oil
·         Grapeseed Oil
·         Hazelnut Oil
·         Jojoba Oil
·         Olive Oil
·         Peanut Oil
·         Sesame Oil
·         Sunflower Oil

Cara penyimpanan carrier oil yang betul adalah dengan menyimpannya di dalam botol kaca gelap yang ditutup rapat dan diletakkan di tempat gelap dan dingin. Ada sebahagiannya sesuai disimpan di dalam peti sejuk bagi membantu memanjangkan jangka hayat carrier oil tersebut seperti borage seed oil. Tetapi ada juga yang tidak sesuai seperti avocado oil. Ianya akan menjadi beku dan keruh. Sebelum digunakan, ia perlu dicairkan terlebih dahulu dengan meletakkannya pada suhu bilik.

Semoga sebarang perkongsian di dalam ruangan saya ini sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada yang membaca.


Salam ukhwah dari




Facebook : FB Syifa Wahab
Page : SW MAB / SW RONELLA
IG : Personal / MAB / RONELLA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan