Ahad, 14 Januari 2018

Apa itu Essential Oil?


Image result for assalamualaikum jawi






Biasa dengar Essential Oil (EO)? Minyak Pati? Aromaterapi? Mungkin pernah dengar Essential Oil, tapi tak pasti apa tu. Mungkin kalau sebut aromaterapi, ramai yang lebih tahu istilah tu. EO boleh dikatakan ada perkaitan dengan aromaterapi. 

EO dihasilkan daripada pelbagai bahagian yang berbeza daripada tumbuh-tumbuhan, samada daun (minyak pudina), kulit/kayu (cendana), bunga (lavender) atau lain-lain bahagian tumbuh-tumbuhan. EO yang asli tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan dan tidak mengandungi bahan-bahan sintetik.

Tahu kenapa kebanyakan EO didatangkan dalam botol-botol yang kecil? Kebiasaannya hanya 5-10 ml sahaja. Bagi menghasilkan sedikit EO, memerlukan kuantiti yang amat banyak dari setiap bahagian tumbuhan berkaitan. Namun begitu, kandungan EO yang terhasil ini adalah amat pekat.

Hanya beberapa titik EO saja diperlukan untuk mendapatkan kesan yang kuat. Kebanyakan EO tidak digunakan secara langsung pada kulit. Ianya hanya dihidu atau dicampurkan/dicairkan dengan Carrier Oil (minyak pelarut) atau dititiskan dalam air mandian.

Sekarang mesti nak tahu apa itu carrier oil pulak kan? Nanti yek, di entri berikutnya akan diceritakan pasal carrier oil.

Semoga sebarang perkongsian di dalam ruangan saya ini sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada yang membaca.


Salam ukhwah dari




Facebook : FB Syifa Wahab
Page : SW MAB / SW RONELLA
IG : Personal / MAB / RONELLA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan